8 Tips utuk ibubapa yang anak-anak akan menduduki Peperiksaan UPSR  

Posted by Sara

PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan
& kiri.. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang
kedua-dua belah otak tersebut Merangsang kesemua deria dalam
pembelajaran.

Jika anda mahukan anak anda menjadi Luar Biasa Hebat apa kata ikuti
panduan ringkas dibawah.


Pastikan anak Anda
1. Belajar secara aktif dengan pen atau pensil ditangan

Pastikan anak Anda}

2. Belajar dalam persekitaran kondusif
a) pastikan cahaya adalah terang
b) kurangkan gangguan bunyi
c) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
d) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
e) kerusi dan meja menghadap kiblat
f) jangan lupa untuk senyum

Pastikan anak Anda
3. Mengulang kaji menggunakan kaedah input dan output learning iaitu membaca
dan keluarkan kembali maklumat tersebut dengan cara menulis secara bayangan
menggunakan jari telunjuk.Cara lain lakar / tulis, sebut KUAT-KUAT apa yang
difahami,dan jawab soalan.

Pastikan anak Anda
4. Mempunyai teknik membaca yang betul
a) duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
b) memberikan tumpuan sepenuhnya
c) menggunakan jari telunjuk untuk membaca
d) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

Pastikan Anda
5. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong,
bertangguh & malas.Antara yanG boleh ANDA lakukan adalah cuba duduk
didepan anak ANDA dan tanya apa yang dia telah baca dan minta dia ulang
atau terangkan.

Pastikan anak Anda
6. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum
mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan

Pastikan anak Anda
7. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.Jika namapak anak
anak anda terlalu letih ,tak perlulah memaksa atau menyindirnya pula.
atau membandingkanya dengan ank orang lain.berikan MOTIVASI DAN PUJIAN.

8.Doakan,beri kata-kata perangsang dan jangan lupa senyum pada waktu pagi ya.

Kesimpulanya ini merupakan perkara asas yang mesti mana-mana pelajar mahu menjadi cemerlang
lakukan.Cek tengok berapa yang telah anak anda lakukan.

This entry was posted on Thursday, September 16, 2010 at 11:13 AM . You can follow any responses to this entry through the comments feed .

0 comments

Post a Comment